Sabtu, 6 Februari 2010

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Ke pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan Alunan madah yang indah.

- Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

- Terima kasih.

- Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari pulau Mutiara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين..

- Yang Berusaha , En Zailani bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SK Taiping ,

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, En Mohd Noor Rashid bin Youb.

Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, ibubapa , para pelajar yang diraikan serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat Datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi.

Melati kuntum berhias rotan,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Cemerlang 2009 ,
Murid-murid bertuah kita hargai


Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,,
Mohon berkat Yang Maha Esa.


Doa dibaca amin disebut,
Keberkatan majlis sentiasa diharapkan,
Ustaz Azmi kami menjemput,
Sudilah Tuan tampil ke hadapan

· Syukran Jazilan Ya Ustaz
_________________________________________________

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan ,
Kata aluan pemanis kalam.

Si burung unta duduk sekawan,
Duduk teratur di atas papan,
YDP PIBG kami alukan ,
Dijemput En Zailani memberi Ucapan.

· Dipersilakan


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat Santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Tuan Guru Besar menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberi ucapan

_________________________________________________

Farisya dan Aimi harapan kami,
Pandai mengacara tak pernah mengalah,
Acara seterusnya kami mulai,
Penyampaian hadiah dan juga anugerah.

Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

En Zailani selalu disebut,
Bila ketawa tampak meriah,
Bukan jemput sebarang jemput,
Memohon YDP menyampaikan hadiah.

· Dipersilakan......

- Penyampaian Hadiah Tahap 1
Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik.

- Penyampaian Hadiah Tahap 2
Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik.

· Terima kasih kepada En Zailani.............
_________________________________________________

PPD di sana SKT di sini,
Laluan guru setiap pagi,
Anugerah seterusnya menanti kini,
Di jemput ___________ wakil PPD.

@

Keluk tumbuh pohon kuini,
Kuini dari Indragiri,
Anugerah seterusnya menanti kini,
Dijemput Guru Besar tampilkan diri.

* Dipersilakan

- Penyampaian Hadiah murid-murid yang memperolehi 4A, 3A, 2A, 1A dalam UPSR.
_______________________________________________
PERASMIAN PENUTUP

- Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato’ Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting.

- Koir 1 Malaysia


Melihat tuan terkelu lidah,
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang dinanti berkunjung sudah,
Selamat datang kami ucapkan.

- Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

- Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato’ Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting.


Gembira mereka menerima hadiah,
Lagak gayanya menjulang piala,
Anugerah cemerlang berlangsung sudah,
Kini menanti kemuncaknya pula.

Bukan rumpun sebarang rumpun,
Rumput dihias bersama papan,
Bukan jemput sebarang jemput,
Guru besar dijemput memberi ucapan.

· Dipersilakan


Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tuan berbudi tidak terperi
Hulurkan madah kata perasmi
YB Mohammad Zahir kami segani,
Kesudian YB kami hargai.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon rasmikan penutupan majlis kami.

· Dipersilakan
· Terima kasih diucapkan. ( pantun terima kasih )

________________________________________________

Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabar menanti

Hadiah diatur tampak kemas,
YB dijemput bertambah meriah
Tampillah YB ke atas pentas,
Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

· Dipersilakan

- Penyampaian Anugerah kepada murid- yang memperolehi 5A dalam UPSR
- Penyampaian Anugerah Khas

Di atas dahan burung tempua,
Berkicau-kicauan bertegur siapa,
Tanda ingatan kami semua
Warga SKT jangan dilupa.

Jasamu guru sentiasa dikenang,
Pujian diberi bukan gurauan,
Pn Azizah guru penyayang,
Dijemput ke pentas menerima penghargaan.

· Dipersilakan

- Sekarang, dijemput __________________________ untuk menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih dari kami warga SK Taiping .

- Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar Sk Taiping untuk menyampaikan cenderamata kepada YB Muhammad Zahir bin Hj Abdul Khalid sebagai tanda Terima Kasih dari kami warga SK Taiping di atas kesudian Yang Berhormat hadir untuk bersama-sama meraikan majlis pada hari ini.
Terima kasih diucapkan...

_________________________________________________

Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.



Lemak rasanya si buah pinang,
Buat menjamu paduka raja,
Makanan lazat sudah terhidang,
Marilah kita menjamu selera.

Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

· Dipersilakan.......

Kalau tuan pikat merpati,
Jangan patahkan batang jerami
Terima kasih murid-murid SKT
Persembahan kalian menghiburkan kami.

Subur padi Allah kurnia,
Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Bunga seroja di atas para ,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Semua hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu negaraku.

Akhir kata .....kami sudahi dengan wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

7 ulasan:

  1. Hebat penyedia teks ini...semua ucapan dlm bentuk pantun...nak share boleh?

    BalasPadam
  2. bez sgt teks ni..pantun nyer amat memikat hati.... mohon izin share yer....

    BalasPadam
  3. minta izin untukgunakan beberapa pantun dalam majlis anugerah esok...

    BalasPadam
  4. tahniah...terpegun dgn bait-bait pantun...minta izin digunapakai...

    BalasPadam
  5. Silakan para pembaca untuk menggunakan teks di atas. Memang niat di hati untuk berkongsi. Semoga semua diberkati.

    BalasPadam
  6. mohon guna pakai pantun....tq...

    BalasPadam