Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Sabtu, 3 Oktober 2009
Jumaat, 2 Oktober 2009
Isnin, 28 September 2009
TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU
Selasa, 22 September 2009
Rabu, 16 September 2009
Majlis Persaraan Pn Hajah Siti Hasnah Bin Mat Hashan
BIODATA PN HJH SITI HASNAH BINTI MAT HASHAN
Pada tanggal 15 September 1953 lahirlah seorang puteri kepada Mat Hashan bin Soleh dan Halimah bt Kassim . Puteri ini merupakan anak yang ke 5 daripada 8 orang adik beradik dan dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Sg Acheh di Nibong Tebal. Seterusnya beliau meneruskan pengajian peringkat menengah di SM Shamsul Arif, Tanjong Piandang sehingga Tingkatan 3. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 dan 5 di SM Agama Taufiqiah, Gurun Kedah. Beliau menamatkan pengajian di peringkat menengah tingkatan 6 di Maktab Mahmood, Alor Setar.
Kemudian beliau mengejar cita-cita beliau sebagai seorang pendidik dengan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Islam di Petaling Jaya.Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan Islam di Petaling Jaya, beliau mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Bagan Serai Perak pada 16 April 1979.
Pada 4 Disember 1982 beliau telah mengakhiri zaman bujangnya dengan calon pilihan hati Mohd Razali bin Abdul Wahab. Hasil daripada perkahwinan mereka, beliau dikurniakan 4 orang putera dan seorang puteri yang comel. Keempat-empat puteranya diberi nama : - Mohd Nabil, Mohd Naim, Mohd Nidzam dan Muhammad Nu’man sementara puteri kesayangannya diberi nama Siti Aisyah.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah bertugas di tujuh buah sekolah. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan bercita-cita tinggi. Pada 1 Disember 2003 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Selama. Seterusnya pada 18 Julai 2005, di SK Taiping beliau dilantik sebagai Penolong Kanan HEM. Kemudian pada 16 Ogos 2007 beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang di SK Taiping.
Selain daripada bercita-cita tinggi, beliau juga mempunyai hobi yang amat menarik iaitu gemar memasak dan menanam pokok bunga. Beliau berharap selepas hari persaraan ini dapat membuka perniagaan makanan atau menjadi usahawan tani yang berjaya. Makanan kegemaran beliau ialah nasi ulam manakala minuman kegemaran pula ialah kopi o panas.
Khamis, 3 September 2009
UPSR 2009
Selamat Menghadapi UPSR 2009
Kami Warga SK Taiping Mendoakan Kejayaan Cemerlang Kepada Pelajar Tahun 6
Jumaat, 13 Februari 2009
Dasar Kualiti
Dasar Kualiti SK Taiping adalah untuk menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2000. Dasar ini akan disebar luas kepada seluruh warga sekolah dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif Kualiti
a) Peningkatan prestasi akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada pencapaian tahun semasa ATAU mencapai minima 65 peratus lulus keseluruhan.
b) Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan lancar.
c) Melaksanakan pengurusan kewangan yang efisyen tanpa teguran audit.
Lagu Sekolah
Pelajaran Tangga Kemajuan
Dasar Kualiti SK Taiping adalah untuk menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2000. Dasar ini akan disebar luas kepada seluruh warga sekolah dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif Kualiti
a) Peningkatan prestasi akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada pencapaian tahun semasa ATAU mencapai minima 65 peratus lulus keseluruhan.
b) Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan supaya pengurusan sekolah berjalan lancar.
c) Melaksanakan pengurusan kewangan yang efisyen tanpa teguran audit.
Lagu Sekolah
Pelajaran Tangga Kemajuan
Bersama niat tersemat
Kami bawa penuh semangat
Dengan Doa dan Keringat
Maju Nusa Dengan Selamat
Amalkanlah Berdikari Yakin Pada Diri Sendiri
Amalkanlah Berdikari Yakin Pada Diri Sendiri
Cekal dan Tabah Ilmu dicari
Pelita Hidup Nanti
Pelajaran Tangga Kemajuan Itu Pegangan Kami
Menempuh Cabaran dan Dugaan
Berbakti penuh suci
Majulah kawan semua
Tekun Belajar Dan Usaha
Semoga Tercapai Cita-cita Untuk Negara Jaya.
SEKOLAHKU RUMAHKU
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Lelaki Melayu Taiping telah ditubuhkan antara tahun 1870-1878 di Jalan Berek, yang mana bangunannya telah digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama sebelum ia berpindah ke bangunan yang baru sekarang. Pada tahun yang sama Sekolah Perempuan Melayu Taiping pula telah dibina berhampiran Masjid Lama Taiping. Kini bangunannya sudah runtuh.
Disebabkan bertambahnya bilangan murid-murid Melayu yang bersekolah di sini maka pada tahun 1926 murid-murid lelaki dari sekolah di Jalan Berek telah dipindahkan ke bangunan dua tingkat di Jalan Taming Sari. Dahulunya jalan ini dikenali sebagai Jalan Besar. Bangunan dua tingkat ini telah dibina pada tahun 1880 dan luasnya ialah 90 kaki x 25 kaki. Pada asalnya bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Tamil hingga ke tarikh perpindahan itu. Ini disebabkan berkurangannya bilangan murid India yang bersekolah. Bagi menampung keperluan tempat belajar yang lebih selesa maka pada tahun 1950 telah dibina sebuah bangunan Cawangan Satu berhampiran bangunan dua tingkat di Jalan Taming Sari. Pada tahun 1957 nama Sekolah Melayu Taiping ditukar kepada Sekolah Umum Lelaki Taiping.
Pada tahun 1958 bangunan cawangan dua pula didirikan berhampiran cawangan satu untuk keperluan tempat belajar bagi Sekolah Perempuan Melayu Taiping bagi darjah atas atau tahap 2. Kini bangunan Cawangan Dua telah dijadikan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid-murid cacat pendengaran. Sekolah Lelaki dan Sekolah Perempuan telah disatukan pada tahun 1964, dan nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Taiping. Setelah mengalami peredaran masa, maka pada tahun 1981 bangunan tua dua tingkat di Jalan Taming Sari telah dirobohkan, untuk dibangunkan sebuah bangunan tiga tingkat bagi memenuhi keperluan masyarakat dan murid-murid yang semakin bertambah. Bangunan yang tersergam indah di Jalan Taming Sari ini telah siap pembinaannya dan boleh digunakan pada bulan Ogos 1982.
Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan baru empat tingkat dibina. Bangunan ini mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah bilik muzik, sebuah bilik komputer, sebuah bilik Pendidikan seni, sebuah bilik sains, sebuah bilik SPBT, sebuah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah Dewan terbuka. Kos pembinaan bangunan ini adalah RM1.5 juta. Dengan terbinanya bangunan ini semua pelajar telah dapat dikumpulkan dalam satu sesi seperti yang telah dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada awal 2002, sekolah sekali lagi mendapat kurniaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebuah Makmal Komputer telah didirikan dengan kos pembinaannya ialah RM120 ribu. Makmal ini telah dapat merealisasikan impian masyarakat tentang celik IT dikalangan anak-anak yang merupakan aset penting kepada pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
Setelah Makmal Komputer disiapkan, Sekolah Kebangsaan Taiping dijadikan salah sebuah sekolah Projek perluasan Pra-sekolah. Dua buah bilik darjah di blok B telah diubahsuai untuk Pendidikan Pra-sekolah. Bilik ini telah dapat menampung 50 orang pelajar pra-sekolah dan pembelajarannya bermula pada tahun 2003.
Dengan kemudahan fizikal yang sangat memberangsangkan ini diikuti pula dengan kemudahan untuk pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tahap 1, warga sekolah S.K.Taiping yakin visi, misi dan matlamat sekolah akan dapat dicapai.
Kecemerlangan sistem pengurusan juga telah mendapat pengiktirafan dari SIRIM. Sekolah telah dianugerahkan sijil Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran MS 180 9001:2000 pada tahun 2008.
Langgan:
Catatan (Atom)



